JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 170 kes semalam berbanding 204 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,626 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 178 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,422 kes.
Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, begitu juga tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Ia sekali gus menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,965 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,239 kes dengan 8,934 kes atau 96.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 301 kes atau 3.3% pesakit dirawat di hospital, tiga kes berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan satu kes lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN