SEMALAM mencatatkan sebanyak 320 kes jangkitan harian Covid-19 berbanding 383 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,032,146 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 506 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,984,301 kes.
Tiga kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,908 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,861 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 10,937 kes dengan 10,467 kes atau 95.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 453 kes atau 4.1% pesakit dirawat di hospital, 12 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 5 kes atau 0.0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN