Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 langkah untuk mencapai matlamat kerjaya pada tahun 2023

    10 langkah untuk mencapai matlamat kerjaya pada tahun 2023

    By Umi FatehahDecember 27, 2022Updated:February 23, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    10 langkah untuk mencapai matlamat kerjaya pada tahun 2023. - GAMBAR HIASAN GREEN CHAMELEON/UNSPLASH

    KETIKA ekonomi global perlahan-lahan pulih daripada wabak Covid-19, kesemua sektor perniagaan bergelut untuk bertahan dengan peningkatan inflasi dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi. 

    Isu kesihatan mental dan kelesuan kerja juga terus meningkat, frasa seperti quiet quitting menjadi trend dalam kalangan pekerja.

    Langkah terbaik untuk menyambut Tahun Baharu adalah dengan meningkatkan daya tahan untuk menghadapi cabaran ketika bekerja. Kita tidak mampu untuk sentiasa mengawal dan menjangka cabaran di tempat kerja, tetapi kita mampu mengawal cara bertindak balas terhadapnya.

    Berikut Relevan kongsikan 10 langkah untuk mencapai matlamat kerjaya pada tahun 2023:

    1. Fokus pada perkara positif berbanding negatif

    Setiap perkara yang merugikan berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Justeru, daripada terus meratap dan tertekan akan perkara yang kurang baik, lebih baik fokus pada sisi positif. 

    Sebagai contoh, anda dimarahi oleh bos. Tidak ada sesiapa pun yang suka dan gembira apabila dimarahi. Tetapi, daripada terus bersedih dan terasa hati, apa kata anda pandang dari sudut lebih baik. Jika tidak dimarah, mungkin anda tidak tahu kesalahan yang dibuat dan tidak akan ada peningkatan pada diri sendiri.

    2. Fokuskan pada peluang yang ada di sebalik cabaran

    Jadikan kebiasaan untuk memberi tumpuan kepada berita baik yang ada di sebalik berita buruk. Tanyakan kepada diri sendiri ‘bagaimanakah cara untuk membuat situasi ini membawa kelebihan untuk diri saya? Bolehkah saya mencari sesuatu yang positif di sebaliknya? Apakah yang boleh saya uruskan atau atasi dalam hal ini?

    Tidak semua cabaran itu menyusahkan atau merugikan. Sebenarnya, cabaran juga akan membuatkan anda lebih berdaya saing dan meningkatkan prestasi kerja.

    3. Pupuk minda yang sentiasa mahukan pembaharuan dan peningkatan

    Jadikan kegagalan sebagai pengajaran untuk terus berkembang. Tanya apa yang anda boleh pelajari daripada hasil kerja yang sukar atau kegagalan dan gunakannya sebagai batu loncatan dan bukannya penghalang jalan. 

    Selidik semula bagaimana cabaran itu berlaku dan cuba untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan.

    4. Luaskan pandangan anda

    Apabila diancam, otak anda direka untuk fokus kepada ancaman seperti kanta kamera. Ini mengehadkan keupayaan anda untuk melihat gambaran yang lebih besar. 

    Kembangkan pandangan dan lihat merentasi perkara buruk dan kesuraman dan fokuskan pada kemungkinan yang lebih besar dan positif. Pertimbangkan semua orang dan perkara yang boleh disyukuri di tempat kerja serta rumah.

    5. Rebut peluang yang ada

    Ambil risiko kecil dan lakukan perubahan kecil pada pemikiran anda dalam situasi baharu dan bukannya meramalkan hasil negatif sebelum mencubanya. Tukarkan pemikiran ‘saya tidak akan pergi ke majlis makan malam pejabat kerana saya takut tidak mengenali sesiapa’ kepada ‘jika saya menyertai majlis makan malam pejabat, mungkin saya akan ada kenalan baharu’.

    6. Elakkan membesarkan perkara kecil

    Buat pelarasan mikro pada perspektif anda dan jangan biarkan satu pengalaman buruk menguasai keseluruhan pandangan anda. 

    Daripada mempunyai fikiran seperti ‘saya tidak mendapat kenaikan pangkat, jadi saya tidak akan mencapai matlamat kerjaya saya’ kepada ‘saya tidak mendapat kenaikan pangkat, tetapi terdapat lebih banyak langkah yang boleh saya ambil untuk mencapai matlamat kerjaya saya’.

    7. Fokus kepada penyelesaian, bukan masalah

    Anda akan berasa lebih diberi kuasa untuk mengatasi cabaran-cabaran dalam kehidupan apabila anda menjauhkan diri daripada masalah itu dan mempersoalkan pelbagai kemungkinan.

    8. Ucapkan kata-kata positif kepada diri sendiri

    Meskipun baru sahaja mengalami kekecewaan, fokuskan kejayaan anda dan sanjung kecemerlangan anda dan bukannya mengecewakan diri dengan terkenangkan kekurangan diri. 

    Senaraikan semua kemahiran dan bacakan semula kepada diri anda selalu. Hargai diri sendiri dengan sama ada memberi ganjaran dalam bentuk barang ataupun kata-kata yang positif. Impak kata-kata positif kepada diri sendiri lebih besar daripada yang anda jangkakan.

    9. Bergaul dengan rakan sekerja yang positif

    Optimisme mampu ‘dijangkiti’. Justeru, duduk dalam kumpulan kawan yang positif. Apabila dikeliilingi dengan orang yang optimistik, potensi untuk anda menjadi lebih positif juga lebih tinggi.

    Setiap kali perkara negatif terjadi, anda mampu untuk berfikiran positif dan tidak akan terus diselubungi dengan aura negatif.

    10. Berusaha untuk melihat permulaan baharu yang terkandung dalam kesusahan

    Kegagalan bukanlah sesuatu perkara yang muktamad. Anggap sahaja kekecewaan hanyalah sementara dan percaya anda mampu mengatasinya. 

    Setiap kali anda bangun selepas jatuh dan dikecewakan, percayalah bahawa suatu hari nanti pasti akan mencapai tahap yang membanggakan. – RELEVAN

    Previous Article450 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Next Article Ramai didiagnosis tahap akhir, pakar kongsi 6 tanda awal kanser mulut

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.