Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » UiTM anjur konvensyen pelajar kewartawanan pertama di Malaysia

    UiTM anjur konvensyen pelajar kewartawanan pertama di Malaysia

    By Umi FatehahDecember 23, 2022Updated:December 23, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    UiTM anjur konvensyen pelajar kewartawanan pertama di Malaysia. - GAMBAR HIASAN ZULFADHLI ZAKI

    PUSAT Pengajian Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Kewartawanan Kebangsaan (NJSC) pertama di Malaysia bermula 22 hingga 23 Disember.

    Penganjuran NJSC adalah bersempena Jubli Emas Masscomm dan menghimpunkan lebih 100 pelajar kewartawanan dan media dari UiTM cawangan Shah Alam, Alor Gajah, Rembau serta Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

    Bertemakan ‘Kewartawanan Risiko Di Era Global’, NJSC berlangsung selama dua hari di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM, Shah Alam, Selangor.

    Acara itu menyaksikan penyertaan wartawan berpengalaman, pensyarah dan pelajar kewartawanan dari pelbagai saluran berita tempatan serta universiti.

    Barisan panel juri pertandingan ‘News Pitching’ terdiri daripada Hilal Azmi (kanan), Aida Ahmad dari Star Media Group (tengah) dan Yao Hua Law dari Macaranga (kiri). – GAMBAR IHSAN UiTM

    Pada hari pertama konvensyen tersebut, pertandingan News Pitching telah diadakan dengan menjemput barisan editor yang terdiri daripada Ketua Wartawan The Star, Aida Ahmad; Ketua Belia dan Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi; pengasas bersama Macaranga iaitu portal kewartawanan yang memfokuskan kepada alam sekitar dan isu kesihatan di Malaysia, Yao Hua Law.

    Menurut ketua projek, Muhammad Azib Zikry Abdul Halim, objektif utama NJSC adalah untuk mengumpulkan semua mahasiswa kewartawanan dan media dari universiti tempatan dalam membina perkongsian strategik, melibatkan diri dalam komunikasi dan membina kemahiran interaktif.

    Pemenang yang menyertai pertandingan ‘News Pitching’ ini merupakan kombinasi daripada pelajar UiTM Shah Alam, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, UiTM Alor Gajah dan UiTM Rembau. – GAMBAR IHSAN UiTM

    “NJSC adalah untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa kewartawanan mengenai isu semasa berkaitan media dan membantu mahasiswa mengembangkan kemahiran kepimpinan serta mendedahkan mereka kepada pengurusan acara.

    “Kehadiran wakil industri dan alumni untuk sesi ini dapat meluaskan rangkaian kerja bakal wartawan muda,” katanya yang juga pelajar tahun akhir dan Presiden Journalism Society UiTM (JSOC).

    Bagi sesi pada hari kedua, program tersebut membincangkan isu-isu semasa berkaitan dunia kewartawanan dan media bersama panel industri dan alumni. 

    Selain itu, Kolokium Kewartawanan ke-46 bertajuk Media Professional Safety: Are We Armoured? bakal membariskan nama besar dalam industri media iaitu Pengarang Kumpulan New Straits Times dan pemenang Anugerah Kajai, Farrah Naz Karim serta Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, Farah Marshita Abdul Patah.

    Forum selama dua jam itu dikendalikan oleh pembawa berita dan pengacara TV3, Muhammed Ahmad Hamdan dan terbuka kepada orang ramai. 

    Edisi sulung NJSC ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada universiti awam dalam negara yang menawarkan kursus Kewartawanan, Komunikasi dan Media. – GAMBAR IHSAN UiTM

    Pensyarah penasihat projek ini, Azlinawati Ngainon berkata, bengkel tersebut membolehkan pelajar menjalinkan jaringan kukuh dengan bakal wartawan selain perkongsian idea antara mereka.

    “Acara kolokium kewartawanan itu sendiri telah dianjurkan buat kali ke-46. Pada asalnya, ia dianjurkan dua kali setahun, tetapi tahun ini kami bersama NJSC untuk menjadikannya lebih bermakna kepada para peserta.

    “Penganjuran kolokium kewartawanan ini melibatkan bakal wartawan muda, alumni, pensyarah, pengamal industri dan juga pihak dalam bidang lain yang menjadi rakan kolaborasi kami,” jelasnya.

    Di samping itu, pelajar kewartawanan UiTM tahun ini juga menyaksikan rangkaian perkongsian ilmu tanpa had bersama rakan dan pengamal media bukan sahaja di negara ini. 

    Pelajar-pelajar yang terlibat telah berkunjung ke Jakarta untuk mengadakan kolokium mini dengan Jabatan Sains Komunikasi FISIP Universitas Indonesia dan CNN Indonesia, selain lawatan ke iNews TV November lalu. – RELEVAN

    Previous Article858 kes baharu Covid-19, 6 kematian dilaporkan semalam
    Next Article FKL 2022 tampil keindahan batik Malaysia, boleh cuba hasilkan sendiri produk kraf

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.