SEBANYAK 2,465 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 2,022 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,988,759 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,029 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,914,858 kes.
Sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,657 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,800 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,638 kes dengan 25,614 kes atau 92.7 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,932 kes atau 7% pesakit dirawat di hospital, 41 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 51 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN