JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,022 kes semalam berbanding 2,898 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,986,294 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,819 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,922,435 kes.
Empat kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,652 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,798 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,207 kes dengan 25,117 kes atau 92.3 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,989 kes atau 7.3% pesakit dirawat di hospital, 48 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 53 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN