Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ghanim Al-Muftah OKU berjiwa besar, Duta Piala Dunia 2022 Qatar

    Ghanim Al-Muftah OKU berjiwa besar, Duta Piala Dunia 2022 Qatar

    By Zubaidah IbrahimNovember 23, 2022Updated:November 28, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DILAHIRKAN dengan penyakit Caudal Regression Syndrome (CDS) tidak menghalang Ghanim Al-Muftah untuk melakukan aktiviti seperti individu normal yang lain.

    PERHATIAN dunia tertumpu kepada seorang pemuda bernama Ghanim Muhammad Al-Muftah atau lebih dikenali sebagai Ghanim Al-Muftah yang tampil dalam upacara pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Qatar, malam Ahad lalu.

    Duta Piala Dunia 2022 itu tampil membuat persembahan memukau bersama dengan aktor terkenal dari Amerika Syarikat, Morgan Freeman untuk menyampaikan mesej mengenai kedamaian, perpaduan dan keindahan dalam perbezaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf al-Qaradawi: Moderat di Timur, ekstrem di Barat – Relevan

    Pemuda 20 tahun itu melontarkan kata-kata yang cukup indah bersama alunan ayat suci al-Quran dari Surah Al-Hujurat, ayat 13 sehingga persembahan tersebut menjadi tular di media sosial.

    GHANIM Al-Muftah dan Freeman ketika pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 pada 20 November- AFP

    Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan penyakit Caudal Regression Syndrome (CDS) iaitu gangguan perkembangan bahagian bawah badan.

    Genetik jarang berlaku

    CDS merupakan keadaan genetik yang sangat jarang berlaku dan kira-kira satu daripada 100,000 kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan ini.

    Ibu bapanya, Muhammad Al-Muftah dan Eman Ahmad berdepan keputusan yang sukar sama ada meneruskan kandungan tersebut atau menggugurkan bayi mereka.

    Ia berikutan, doktor memberitahu bahawa kandungan itu bukan sahaja membahayakan kepada bayi, tetapi juga merisikokan si ibu.

    Namun, pasangan itu memilih untuk memberi peluang kepada bayi mereka melihat dunia dan pada 5 Mei 2002 Ghanim Al-Muftah dilahirkan bersama saudara kembarnya Ahmad. Pun begitu, doktor meramalkan yang dia hanya boleh hidup selama 15 tahun.

    ARTIKEL BERKAITAN: Faktor hormon dan genetik jadi punca lelaki hidap kanser payudara – Relevan

    Ghanim mendapat gelaran ‘budak ajaib Qatar’ dan dia melakukan perkara yang dianggap mustahil seperti menyelam skuba, memanjat gunung, bermain bola sepak, hoki ais, berenang, bersenam di gimnasium, memanah dan memandu kenderaan.

    GHANIM Al-Muftah ketika mendaki gunung Jebel Shams setinggi 9,827 kaki pada tahun 2019.

    Pada 2017, Ghanim menyempurnakan ibadah Haji di Mekah dengan ‘berjalan’ menggunakan kedua belah tangan untuk mengelilingi Kaabah, dia enggan menggunakan kerusi roda.

    Dua tahun kemudian, ikon belia Qatar itu menyelesaikan salah satu cabaran fizikalnya yang paling getir iaitu dengan mendaki gunung Jebel Shams setinggi 9,827 kaki, salah satu yang tertinggi di Semenanjung Arab.

    “Saya telah diberikan banyak kelebihan seperti memiliki tangan yang kuat dan saya rasa sangat bertuah kerana Allah merahmati saya.

    “Saya suka menjalani kehidupan saya, ia sangat indah dan menyeronokkan,” katanya yang juga seorang YouTuber dan penceramah motivasi terkenal.

    Mengasas badan amal

    Selain aktif dalam aktiviti fizikal, Ghanim juga telah menerajui badan amalnya sendiri untuk membantu kanak-kanak kelainan upaya. Dia mengasaskan Persatuan Kerusi Roda Ghanim al-Muftah yang beroperasi dari rumahnya.

    “Saya mengambil berat tentang orang lain, ini adalah tanggungjawab kemanusiaan dan moral,” ujarnya ketika berucap pada Kejohanan Olahraga Dunia Paralimpik di Doha, Qatar pada 2015.

    Pada tahun yang sama, beliau dipilih sebagai Duta Muhibah Reach Out To Asia (ROTA) ‘Memperkasakan Kanak-Kanak dan Belia Pelarian Palestin melalui Sukan di Lubnan’.

    GHANIM Al-Muftah (kiri) bergambar bersama kembarnya Ahmad.

    Remaja itu melawat kem pelarian Palestin di Nahr El Bared, Lubnan dan di situ dia melancarkan pusat sukan baharu untuk membantu 5,000 kanak-kanak.

    Dia dan ibu bapanya juga memulakan Be Positive Project untuk membantu melatih kanak-kanak kelainan upaya.

    Ghanim Al-Muftah yang aktif bersukan dan aktiviti fizikal, banyak melakukan kerja amal serta mempunyai ramai pengikut di media sosial sehingga melayakkannya dipilih sebagai duta rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar.

    Duta keamanan

    Bukan itu sahaja, Ghanim pernah dinobatkan sebagai Duta Keamanan oleh H.H Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah, pada tahun 2014.

    Selain bertujuan untuk memecahkan halangan yang masih dihadapi oleh golongan kelainan upaya, Ghanim Al- Muftah juga mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi seorang diplomat suatu hari nanti.

    Oleh itu, dia telah menyambung pengajian dalam bidang Politik di Universiti Loughborough, Leicestershire, United Kingdom dan menjadi pelajar yang dikagumi ramai di sana.

    TIDAK ada yang mustahil bagi Ghanim Al-Muftah untuk melakukan apa jua aktivi yang digemarinya termasuk selaman skuba.

    “Hari ini, satu bilion wanita dan lelaki kelainan upaya di dunia masih berjuang untuk mengatasi halangan yang menyekat hak asasi manusia dan kemasukan mereka dalam masyarakat.

    “Walaupun rangka kerja undang-undang sedia ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan, berjuta-juta orang kurang upaya kekal terpinggir, tiada akses kepada kerja, layanan adil dan perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan serta pendidikan.

    “Pada masa hadapan, saya berjanji untuk sentiasa menyokong usaha bagi meningkatkan kesedaran dan menyokong kepentingan memasukkan perspektif kelainan upaya dalam perbincangan politik,” tuturnya yang kini mempunyai 3.7 juta pengikut di Instagram.

    Ghanim Al- Muftah turut berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak orang kurang upaya, memupuk rasa hormat terhadap orang kurang upaya, menggalakkan masyarakat yang lebih inklusif dan bertolak ansur.- RELEVAN

    Previous Article5 kebaikan dan keburukan bekerja freelance
    Next Article Apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan?

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.