JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,037 kes semalam berbanding 3,457 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,963,216 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,198 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,898,917 kes.
Lima kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,588 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,782 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,711 kes dengan 25,737 kes atau 92.9 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,868 kes atau 6.7% pesakit dirawat di hospital, 53 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 53 kes atau 0.2% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN