SEBANYAK 4,360 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 4,711 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,918,917 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,429 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,846,897 kes.
Satu kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan sifar kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,481 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,763 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 35,539 kes dengan 33,874 kes atau 95.3 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,592 kes atau 4.5% pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 53 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN