ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,667 kes berbanding 1,307 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,821,864 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,028 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,760,825 kes.
Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,324 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,721 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 24,715 kes dengan 23,577 kes atau 95.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,079 kes atau 4.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 22 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 37 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN