ANGKA jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,971 kes berbanding 1,990 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,805,614 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,389 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,740,398 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,277 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,709 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 26,949 kes dengan 25,648 kes atau 95.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan lapan kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,224 kes atau 4.5 peratus pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 49 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN