Facebook Twitter
    Trending
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Muat turun 5 aplikasi berikut untuk memanfaatkan penggunaan PerantiSiswa

    Muat turun 5 aplikasi berikut untuk memanfaatkan penggunaan PerantiSiswa

    By Umi FatehahSeptember 5, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pengagihan PerantiSiswa kepada mahasiswa yang layak di bawah Fasa 1 dijangka akan bermula pada penghujung Ogos 2022 atau pada September 2022. - Gambar Zulfadhli Zaki/Utusan

    PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberi tablet berjenama terkenal tanpa perlu memulangkan kembali kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

    Pengagihan PerantiSiswa kepada mahasiswa yang layak di bawah Fasa 1 dijangka akan bermula pada penghujung Ogos 2022 atau pada September 2022.

    Manakala pengagihan peranti di bawah Fasa 2 pula dijangkakan bermula pada Oktober atau November 2022 memandangkan permohonan Fasa 2 sedang dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.

    Relevan membentangkan beberapa aplikasi yang boleh dimuat turun dengan menggunakan tablet pemberian kerajaan bagi membantu meningkatkan prestasi pelajaran.

    • Grammarly

    Grammarly merupakan sebuah perisian yang menyemak kesilapan ejaan, tatabahasa dan tanda baca untuk Bahasa Inggeris. Ia menggunakan kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk mengenal pasti dan mencari penyelesaian yang sesuai untuk ralat yang ditemuinya.

    Para pelajar tidak semestinya perlu menggunakan persisian ini ketika belajar sahaja, malah ketika menggunakan media sosial atau dalam perbualan teks bersama rakan-rakan.

    Dengan menggunakan perisian ini, pelajar dapat meningkatkan skil dan pengetahuan dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris amat penting dalam usaha untuk pencarian kerja pada masa hadapan.

    • Duolingo

    Duolingo merupakan aplikasi untuk pembelajaran bahasa dan menyediakan pensijilan bahasa. Pengguna boleh belajar dan meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata, tatabahasa, sebutan dan mendengar.

    Aplikasi ini boleh membantu para mahasiswa yang sedang mengambil kursus bahasa ketiga di universiti untuk lulus atau dapat markah yang baik. Hal ini kerana sesetengah universiti meletakkan bahasa ketiga sebagai salah satu mata pelajaran wajib.  

    Duolingo menawarkan kursus pembelajaran bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa Perancis, Bahasa Jepun dan sebagainya.

    Duolingo memperkenalkan dengan asas pembelajaran bahasa seperti sapaan dan frasa-frasa asas yang lain. Setelah beberapa sesi pembelajaran interaktif, pelajar boleh menyertai kuiz untuk menguji tahap kefahaman dan kemahiran masing-masing.

    Aplikasi Duolingo boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.

    • Canva

    Canva merupakan platform reka bentuk grafik yang digunakan untuk mencipta grafik media sosial, presentation, poster, dokumen dan kandungan visual yang lain. Aplikasi ini menyediakan ribuan templat untuk digunakan oleh pengguna.

    Canva juga menyediakan pelan ‘Canva for Education’ yang membolehkan para pelajar menikmati ciri premium aplikasi ini secara percuma. Anda hanya perlu mendaftar akaun dengan menggunakan email pelajar. 

    Penggunaan Canva dalam pembelajaran akan menjadi lebih menarik yang berkemungkinan dapat menyumbang kepada pemarkahan bonus kerana memaparkan hasil kerja dan pembelajaran dengan lebih kreatif.

    Para pelajar boleh menggunakan aplikasi Canva di telefon pintar, tablet dan komputer.

    • Class Timetable

    Aplikasi Class Timetable ialah salah satu pembantu terbaik untuk pelajar sekolah, kolej dan universiti. Ia membantu anda bukan sahaja untuk menyusun kelas tetapi juga membolehkan menambah acara, kelas tambahan, tugasan dan program pada jadual mingguan. 

    Dengan menggunakan aplikasi ini, urusan pembelajaran dalam harian dapat dilakukan dengan lebih tersusun. Pelajar juga boleh melihat tugasan yang perlu dihantar dan dapat menyelesaikan tugasan mengikut prioriti.

    Aplikasi ini boleh digunakan oleh kedua-dua peranti iOS dan Android.

    • Mathway

    Mathway dapat membantu anda menyelesaikan masalah matematik, bermula dengan soalan yang paling mudah kepada yang paling rumit.  

    Anda hanya perlu menaip atau mengambil gambar soalan dan Mathway akan membantu menyelesaikannya. Jika anda ingin mengetahui cara dan formula mendapatkan jawapan, Mathway juga boleh menunjukkan panduan langkah demi langkah yang terperinci untuk mencari penyelesaian.

    Mathway juga boleh dimuat turun di kedua-dua platform iOS dan Play Store.

    “Saya berharap agar pelajar akan belajar dengan lebih gigih dengan inisiatif yang diumumkan kerajaan,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya ketika pelancaran inisiatif itu di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Sabtu lepas.

    Semoga dengan inisiatif ini dapat meringankan beban penerima dan dapat menambah ilmu pengetahuan tanpa sempadan. – RELEVAN 

    Previous Article3,138 kes sembuh Covid-19 semalam
    Next Article Risiko hamil di lewat usia, ini yang anda perlu tahu

    Artikel berkaitan

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.