JANGKITAN Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,003 kes semalam berbanding 2,302 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,556,664 kes.
Sebanyak 1,861 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,492,767 kes.
Semalam turut mencatatkan satu kematian yang merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,746 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,583 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 28,151 dengan 27,025 atau 96.0 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 13 kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,082 kes atau 3.8 peratus pesakit dirawat di hospital, 12 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 19 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN