SEBANYAK 2,425 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 1,921 kes dilaporkan kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,547,051 kes.
Sebanyak 1,550 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,484,284 kes.
Semalam turut mencatatkan empat kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,741 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,580 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,026 dengan 25,972 atau 96.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan emoat kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,020 kes atau 3.8 peratus pesakit dirawat di hospital, 14 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 16 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN