JANGKITAN Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,922 kes semalam berbanding 2,092 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,530,312 kes.
Sebanyak 1,564 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,471,631 kes.
Semalam turut mencatatkan empat kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,720 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,575 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,961 dengan 21,921 atau 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 16 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 992 kes atau 4.3 peratus pesakit dirawat di hospital, 14 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 18 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN