Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Laluan pendidikan untuk kerjaya dalam bidang komunikasi dan media (Diploma)

    Laluan pendidikan untuk kerjaya dalam bidang komunikasi dan media (Diploma)

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 31, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    CITA-cita yang mula ditanam sejak di bangku sekolah lagi menjadi penggerak kepada para pelajar terutamanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus belajar bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri mereka menyambung pelajaran dalam bidang yang diingini.

    Sebelum melanjutkan pelajaran, perancangan yang teliti untuk menentukan haluan pendidikan ke arah kerja yang diimpikan perlu dilakukan.  Kebanyakan pelajar sudah mempunyai minat atau cita-cita yang tersendiri.  Akan tetapi, mereka kemungkinan belum cukup pengetahuan tentang bidang yang bersesuaian dengan minat mereka.

    Bagi pelajar yang mempunyai minat dan bakat dalam bidang komunikasi, mereka berkemungkinan sesuai untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM).  

    Fakulti Komunikasi Massa dan Pengajian Media (FKPM) UiTM atau lebih dikenali sebagai MassComm, ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran negara, melalui peranannya sebagai peneraju industri media dan komunikasi.

    Industri komunikasi dan media dikatakan menarik kerana industri ini sentiasa ada permintaan dan relevan kerana semua orang bergantung kepada media dan komunikasi untuk urusan kerja.  Antara peluang pekerjaan yang terdapat dalam dunia komunikasi dan media ialah pembaca berita, wartawan, perhubungan awam dan sebagainya. 

    Sehubungan dengan itu, Relevan kongsikan maklumat berkaitan kursus Komunikasi Massa dan Pengajian Media yang boleh menjadi panduan kepada para pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.

    Bagi peringkat Diploma, kursus ini terbahagi kepada dua program iaitu:

    • MC110 Diploma Komunikasi dan Media

    Pelajar dalam program ini akan menjalani lima semester pengajian untuk menamatkan pengajian dengan Diploma Komunikasi dan Media. Fakulti memerlukan pelajar untuk menjalankan tiga komponen kursus sepanjang dua tahun dan program separuh tempoh. Komponen ini adalah keperluan kursus universiti, kursus teras fakulti dan kursus teras program.

    Dalam program ini, pelajar akan didedahkan kepada asas-asas dalam bidang utama seperti kewartawanan, perhubungan awam, pengiklanan, penyiaran, komunikasi interpersonal dan komunikasi instruksional.  Pelajar diploma hanya akan mempelajari asas bidang-bidang ini sebelum memilih bidang yang khusus untuk peringkat ijazah selepas tamat diploma.

    Pelajar juga akan didedahkan dengan subjek berkaitan fotografi, pembangunan web dan teori komunikasi.  Kesemua subjek yang disebut akan melibatkan pembelajaran secara teori dan praktikal.  Namun, pelajar bagi program ini tidak akan dihantar untuk menjalani latihan industri.

    • MC111 Diploma Komunikasi Media Baharu dan Keusahawanan Kandungan

    Program ini diperkenalkan untuk memenuhi permintaan dalam dunia kreatif digital yang semakin melonjak naik seiring dengan perkembangan teknologi.  

    Pelajar dalam bidang ini akan menuntut ilmu dengan pakar industri, usahawan, mengendali projek dengan pelanggan tempatan sebenar, mendapat pendedahan antarabangsa dalam negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan latihan dengan organisasi multinasional dalam penciptaan kandungan digital. 

    Program ini dibangunkan dengan piawaian tinggi oleh barisan panel penasihat yang terdiri daripada pakar akademik dan industri. Pelajar akan mempelajari trend terkini dalam Pembangunan Kandungan Web, Pemasaran Digital, Animasi dan Penciptaan Permainan Digital.

    Asas anda dalam komunikasi digital akan dilengkapkan dengan kajian Keusahawanan, Etika dan Kemahiran Interpersonal.  Kursus ini sesuai buat anda yang mempunyai minat yang tinggi berkaitan animasi dan permainan digital.

    Pada semester akhir iaitu semester 5, pelajar MC111 akan dihantar ke latihan industri untuk mendapat pendedahan kepada persekitaran dan suasana kerja yang sebenar.  Para pelajar juga akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran, menambah ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman dalam bidang ini.

    Secara amnya, kedua-dua program diploma di bawah FKPM berlangsung selama 2.5 tahun iaitu bersamaan dengan lima semester.  Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam bidang ini berpotensi untuk mendapat banyak peluang pekerjaan kerana industri media sangat luas. Setiap industri saling bergantungan dengan khidmat media untuk terus mengembangkan perniagaan masing-masing.

    Menurut Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Prof. Madya Dr. Massila Hamzah, pihaknya amat bersyukur kerana selama lebih separuh abad, FKPM telah menjadi kebanggaan UiTM dan sudah tidak asing bagi warga media di seluruh Malaysia.

    Ikuti perkongsian seterusnya dari Relevan berkenaan peluang pendidikan bidang komunikasi massa dan media di peringkat ijazah pula selepas ini. – RELEVAN

    Previous Article1,325 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam, jumlah kes aktif terus menurun
    Next Article 1,451 kes baharu Covid-19, kes sembuh terus meningkat

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.