KES harian jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 1,469 kes berbanding 1,697 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,481,278 kes.
Sebanyak 1,836 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,415,146 kes.
Semalam turut merekodkan tiga kematian dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,623 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,545 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 30,509 dengan 29,271 atau 95.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 20 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,182 atau 3.9 peratus pesakit dirawat di hospital, 19 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 17 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN