Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi
    • Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Separuh muka berlubang kerana kulat, waspada dan periksa makanan anda

    Separuh muka berlubang kerana kulat, waspada dan periksa makanan anda

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 13, 2022Updated:April 13, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BARU-baru ini tular dalam media sosial tentang seorang wanita yang termakan sepotong kek berkulat yang dibelinya di sebuah kafe.  Menurut rajutan yang dibuat oleh wanita tersebut, beliau menghidap penyakit keradangan usus atau penyakit Crohn, yang mempunyai sistem pencernaan sangat sensitif.  Apabila termakan makanan yang berkulat, penghidap penyakit ini berkemungkinan akan terkena keracunan makanan yang agak teruk.

    Sebelum ini, barangkali kita kurang celik tentang bahaya memakan makanan berkulat.  Ada antara kita yang biasanya apabila terlihat roti yang berkulat, hanya mengopek buang bahagian yang mempunyai kulat dan makan bahagian yang kelihatan elok luarannya.  Hakikatnya, memakan makanan yang berkulat akan merisikokan kesihatan kita.

    Di Amerika Syarikat, Mark Tatum yang juga digelar sebagai ‘lelaki tidak bermuka’ kerana kehilangan sebahagian mukanya akibat jangkitan kulat, dikatakan dijangkiti penyakit yang jarang didengari iaitu mucormycosis atau jangkitan kuman yang serius.  

    Menurut CNN, mucormycosis ialah jangkitan kuman yang disebabkan oleh kulat yang biasa ditemui dalam tanah, makanan yang rosak, roti dan habuk.  Pada awalnya kulat akan menjangkiti saluran darah, menyekat aliran darah ke hidung, mulut dan akhirnya ke otak. Mereka yang dijangkiti biasanya tidak dapat diselamatkan. 

    Isteri Mark, Nancy Tatum berkata, steroid yang diambil suaminya untuk sakit belakang mungkin telah melemahkan sistem imunnya.  

    Pada 7 Februari 2000, Tatum dibawa ke bahagian kecemasan Owensboro Mercy Health System selepas menunjukkan tanda-tanda kekeliruan kerana paras gula dalam darah yang tinggi.  

    Selepas doktor berjaya menurunkan bacaan paras gula Tatum, mukanya mula membengkak.  Pakar penyakit berjangkit, Dr. Khaled Joujia dipanggil untuk melakukan biopsi ke atas Tatum.  Biopsi ini telah mengesahan Tatum menghidap mucormycosis.  

    Tatum kemudian dibawa ke University of Louisville Hospital untuk proses selanjutnya.  Dia dikehendaki membuat keputusan antara hidup atau mati iaitu memilih antara menjalani pembedahan untuk membuang mata, hidung dan bumbung mulutnya, atau menerima penjagaan hospital untuk membuatkan dia selesa sehingga maut menjemputnya.  

    Melalui pembedahan, kawasan yang dijangkiti boleh dibuang tetapi peluang Tatum untuk hidup masih tipis.  Namun, Tatum memilih untuk menjalankan pembedahan daripada tidak melakukan apa-apa untuk terus hidup.

    Doktor terpaksa membuang mata, hidung, tulang pipi, gigi dan rahang atasnya untuk mengelakkan daripada kuman merebak ke otak dan membunuhnya.  

    “Pada mulanya, kami tidak menyangka dia akan bertahan. Prognosis (ramalan) dia akan dapat hidup sihat amat tipis,” kata pakar bedah plastik di University of Louisville School of Medicine, Dr. Wayne K. Stadelmann.

    Doktor mengambil kulit dan tisu daripada kakinya untuk membina semula lelangit Tatum supaya dia boleh bercakap dan makan.  Kemudian mereka mengambil sebahagian tulang kakinya untuk diletakkan ke mukanya. 11 operasi pembedahan kemudian, Tatum akhirnya mempunyai wajah yang baharu.

    Tatum terpaksa memakai cermin mata hitam untuk menyembunyikan mata palsunya kerana ia tidak berkelip.  Dia berharap dengan wajah prostetik itu dia akan lebih berani dan mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

    Seperti orang lain, Tatum juga mahu hidup sihat dan menjalani kehidupan sebelum dia diserang bakteria yang memakan wajahnya.  Akan tetapi, sejak ditimpa malapetaka itu, kehidupan Tatum tidak semudah yang disangka.  

    Tatum telah mengalami beberapa strok yang menyebabkan bahagian kanan badannya lumpuh sebahagian dan dia perlu mengambil 15 jenis ubat dalam sehari.  Namun, lima tahun kemudian iaitu pada 2005, Tatum akhirnya meninggal dunia. 

    Mengambil pengajaran daripada kisah Mark Tatum ini, waspadalah kita dengan makanan yang sudah berkulat.  Jika makanan itu didapati berkulat, lebih baik ia dibuang sahaja kerana kita tidak mahu terdedah kepada komplikasi kesihatan yang berpotensi untuk meragut nyawa.  Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.  – RELEVAN

    Previous Article9,002 kes baharu semalam dengan jumlah kes aktif mencatatkan sebanyak 126,455
    Next Article Taylor’s College rai pendidik luar biasa dengan penganugerahan RISE Educator Award

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Juadah moreh paling sihat disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Kegilaan berbuka puasa bufet – Apa kata pakar?

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.