Facebook Twitter
    Trending
    • Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa
    • Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel
    • Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut
    • Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    • Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume
    • Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara
    • Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?
    • Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025

      Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

      September 30, 2025

      Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

      September 26, 2025

      Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

      September 25, 2025

      Makanan yang sebabkan anda tidak dapat tidur nyenyak

      September 23, 2025
    • Kewangan

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025

      Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

      September 19, 2025

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025
    • Pendidikan

      Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

      October 2, 2025

      Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

      October 1, 2025

      Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?

      September 30, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kerjaya dengan permintaan tinggi pada masa hadapan

    5 kerjaya dengan permintaan tinggi pada masa hadapan

    By Umi FatehahApril 6, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Kevin Ku (Pexels)

    SABAN hari, teknologi yang semakin canggih dicipta seiring dengan kemodenan dunia.  Kemajuan teknologi memberi pelbagai kelebihan kepada manusia sejagat termasuk dalam aspek peluang pekerjaan.  

    Dalam pemilihan kerjaya, kita harus mengenal pasti pekerjaan yang mempunyai permintaan tinggi dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan tersebut untuk kekal relevan dalam pasaran kerja.  

    Menurut portal Own Your Own Future, kita perlu menganalisis pasaran kerja untuk mengetahui pekerjaan apakah yang akan mempunyai permintaan tinggi daripada majikan syarikat besar, bagaimana ia berkembang seiring dengan zaman dan beri perhatian terhadap perkembangan teknologi.  

    Misalnya, perkembangan teknologi yang sangat laju menyebabkan syarikat besar mengambil sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dalam pengekodan dan pengaturcaraan (programming) walaupun tidak mempunyai Ijazah dalam kursus Sains Komputer.  Asalkan mempunyai kebolehan dan pengetahuan dalam pengekodan, anda akan terus diambil bekerja.

    Relevan berkongsi lima kerjaya yang dijangka akan mempunyai permintaan tinggi pada masa hadapan seperti berikut:

    1. Penganalisis Data

    Analisis data merupakan salah satu bidang yang semakin berkembang tahun demi tahun.  Syarikat-syarikat akan selalu menghalusi koleksi data dan sistem pemprosesan mereka.  Antara contoh terdekat untuk memberi gambaran bidang kerja penganalisis data adalah mengenal pasti bagaimana pelanggan menggunakan produk syarikat dan menggunakan data yang diperoleh untuk menaik taraf kualiti produk dan promosi kepada pelanggan.  

    Penganalisis data diambil bekerja untuk mengumpul, mentafsir dan menilai pelbagai bentuk data bagi membantu syarikat membuat keputusan jangka pendek dan jangka panjang yang lebih baik untuk keuntungan yang lebih tinggi.  

    Kemahiran matematik dan menganalisis yang tinggi diperlukan untuk mentafsir data.  Selain itu, pemikiran yang logik, kritikal dan kreatif juga perlu dimiliki oleh seseorang yang ingin bekerja sebagai penganalisis data.  Pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam komputer juga penting kerana proses menganalisis data memerlukan komputer yang canggih serta perisian yang spesifik.

    1. Pakar Keselamatan Siber

    Dengan lambakan data yang dibuat dan diproses, pasti akan ada pihak yang berniat jahat mencuba untuk membuat keuntungan demi kepentingan sendiri.

    Secara amnya, apa sahaja teknologi yang menggunakan akses internet untuk penghantaran dan penerimaan data mempunyai risiko digodam.  Keselamatan siber merupakan satu sektor yang luas dan mempunyai banyak bidang yang boleh diceburi.  Salah satunya ialah Penganalisis Keselamatan Maklumat yang bertanggungjawab menyimpan infrastruktur rangkaian syarikat dengan selamat.

    Penggodam yang beretika juga merupakan salah satu pekerjaan di bawah bidang keselamatan siber.  Penggodam beretika bermaksud mereka akan melakukan beberapa sistem keselamatan bagi menghalang penggodam yang berniat jahat untuk menceroboh masuk dalam rangkaian syarikat.

    Ketika dunia beralih kepada era pendigitalan, risiko ancaman keselamatan siber juga berkemungkinan akan meningkat.  Justeru, lebih ramai pakar keselamatan siber diperlukan untuk membendung dan mengatasi ancaman keselamatan siber pada masa akan datang.

    1. Jurutera Perindustrian

    Jurutera akan sentiasa diperlukan dalam mana-mana bidang tetapi jurutera perindustrian yang bertanggungjawab merangka masa depan keseluruhan industri tersebut.  Mereka memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan sesuatu projek.  

    Jurutera perindustrian merupakan bidang kejuruteraan yang bertanggungjawab menganalisis semua faktor campur tangan dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan. Jurutera industri akan mengambil bahagian kerja dalam setiap fasa bermula dari awal dengan penilaian yang tertentu.  Mereka perlu mengawal pelbagai aspek yang timbul, sama ada ekonomi, sosial atau teknikal, supaya proses diselesaikan dengan cara yang optimum.

    Menurut Pengasas dan Pengerusi Kumpulan SG Academy, Datuk Sri Ganes, persediaan tenaga berkemahiran untuk menghadapi industri keempat ini di Malaysia masih bertangguh kerana kebanyakan industri yang terdapat di negara ini masih lagi bergantung kepada bentuk pekerjaan manual yang memerlukan tenaga manusia.

    Kekurangan tenaga mahir dalam perindustrian akan menyukarkan usaha memajukan sektor perindustrian negara.  Untuk menuju negara yang lebih maju, kita memerlukan tenaga berkemahiran tinggi terutama dalam membangunkan sistem, aplikasi dan perkhidmatan seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan menganalisis data raya.

    1. Jurutera/Pembangun Perisian

    Semakin kehidupan kita bergantung kepada teknologi, semakin kita perlukan orang yang berkemampuan untuk mencipta gajet yang memudahkan kehidupan seharian.  Jurutera perisian semakin diburu kerana bidang ini berkembang pesat tetapi industri tersebut kekurangan individu yang mampu mencipta kod perisian.

    Menurut Agensi Pekerjaan Hays Malaysia, kita kekurangan jurutera dan pembangun perisian.  Salah satu faktor yang menyebabkan kita kekurangan pekerja dalam bidang ini ialah gaji yang ditawarkan oleh majikan di Malaysia kurang berpatutan berbanding negara jiran seperti Singapura.  

    Ini menyebabkan ramai graduan membuat keputusan untuk berkhidmat di negara jiran kerana tawaran gaji yang lebih lumayan.  Dengan keadaan ekonomi begini, sudah tentu mereka memilih peluang yang lebih lumayan untuk meningkatkan taraf kehidupan.

    Dunia dikelilingi dengan kod dan ia akan kekal begitu buat beberapa ketika.

    1. Ahli Psikologi

    Tidak dapat dinafikan, kehidupan kita dibelenggu dengan tekanan psikologi.  Lebih banyak dan kerap menghadapi tekanan, lebih tinggi peluang untuk menghadapi masalah psikologi.  Digandingkan dengan kehidupan masyarakat kini dan bagaimana dengan mudahnya kita berasa sedih apabila dihujani berita-berita negatif, jelas terlihat sesiapa sahaja boleh berada dalam keadaan yang tidak bahagia.

    Namun terdapat perbezaan antara ahli psikologi klinikal dengan kaunselor. Menurut Quest Psychology Services, ahli psikologi dilatih sehingga ke peringkat kedoktoran.  Mereka mempunyai kepakaran dalam kajian minda dan tingkah laku manusia.  Mereka juga mampu menilai dan bantu mengubati masalah gangguan emosi dan mental.  

    Sebaliknya, kaunselor berperanan untuk memberi nasihat dan memberi tunjuk ajar kepada klien dalam aspek kehidupan, kerja dan membantu klien menyelesaikan masalah yang menyebabkan mereka berasa tertekan.

    Setiap pekerjaan disenaraikan telah diramalkan akan menunjukkan peningkatan terhadap permintaan.  Apa yang anda tunggu lagi? Ayuh atur perjalanan karier anda untuk 10 tahun akan datang! – RELEVAN

    featured kerjaya kerjaya pilihan

    Artikel berkaitan

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

    October 2, 2025

    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    October 1, 2025

    Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    October 1, 2025

    Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

    October 1, 2025
    Artikel Terkini

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

    October 2, 2025

    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    October 1, 2025

    Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    October 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.