JANGKITAN Covid-19 mencatatkan 15,941 kes baharu semalam berbanding 15,215 kes kelmarin.
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,183,359 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 7,474 kes atau 46.88 peratus manakala sebanyak 8,359 kes atau 52.44 peratus didiagnosis dalam kategori 2.
Tambah beliau, kategori 3 pula mencatatkan sebanyak 50 kes (0.32 peratus), 26 kes (0.16 peratus) dalam kategori 4 manakala 32 kes (0.20 peratus) bagi kategori 5.
Semalam juga mencatatkan sebanyak 21,186 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 3,941,829 kes.
Dalam pada itu, menurut data laman web CovidNow, semalam juga mencatatkan 33 kematian dengan 11 daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 34,939 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,373 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 206,591 dengan 200,962 atau 97.3 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 690 kes atau 0.3 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 4,664 atau 2.3 peratus pesakit dirawat di hospital, 107 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 168 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN