KES jangkitan harian Covid-19 merekodkan sebanyak 1,571 kes semalam berbanding 1,709 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,526,298 kes.
Sebanyak 1,887 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,468,191 kes.
Semalam turut mencatatkan satu kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID) direkodkan.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,712 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,573 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,395 dengan 21,375 atau 95.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 18 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 976 kes atau 4.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 11 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 15 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN