Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baik buruk melabur menggunakan robo advisor

    Baik buruk melabur menggunakan robo advisor

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 9, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETIAP daripada kita pasti mempunyai impian untuk hidup mewah dan selesa tanpa perlu risaukan keadaan kewangan dan dapat membayar segala komitmen tanpa perlu melakukan pilihan dan tiada kos lepas.  

    Untuk membina kekayaan, selain berhempas pulas bekerja untuk menyara keluarga, pelaburan adalah salah satu pilihan yang terbaik. Pelaburan membolehkan anda meletakkan wang dalam medium yang berpotensi untuk memberi kadar pulangan yang kukuh.

    Jika tidak melabur, anda kehilangan peluang untuk meningkatkan nilai kewangan anda. Sudah tentu, anda mempunyai risiko kehilangan wang dalam pelaburan, tetapi jika anda melabur dengan bijak, potensi untuk mendapat pulangan wang adalah lebih tinggi daripada tidak melakukan apa-apa pelaburan.

    Seiring dengan kemajuan era pendigitalan, kini terdapat pelbagai jenis perkhidmatan pelaburan robo advisor ditawarkan.  

    Apa itu pelaburan robo advisor?

    Menurut i-money, (https://www.imoney.my/articles/robo-advisor-comparison#platforms) pelaburan robo advisor atau penasihat robo ialah platform digital yang menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan dipacu oleh algoritma dengan sedikit atau tanpa pengawasan manusia. 

    Robo advisor biasanya menyediakan beberapa soalan berkaitan situasi kewangan dan matlamat kewangan masa hadapan melalui tinjauan dalam talian dan membina portfolio kewangan berdasarkan pendapatan dan matlamat anda.

    Ia kemudian menggunakan data-data yang dikumpul untuk menawarkan nasihat dan melakukan pelaburan secara automatik untuk anda.

    Pada dasarnya, robo advisor akan melabur wang anda ke dalam dana dagangan bursa (ETF), iaitu kumpulan saham, bon atau pelaburan lain seperti emas.

    Tetapi setiap penasihat robo melaksanakan metodologi pelaburan yang berbeza dan peruntukan portfolio anda juga berbeza berdasarkan platform penasihat robo yang anda laburkan.

    Walaupun mempunyai banyak pengalaman dalam dunia pelaburan, pemilihan robo advisor terbaik untuk keperluan anda boleh menjadi satu cabaran.  Terdapat pelbagai aspek untuk dibandingkan dan dipertimbangkan seperti mengambil kira tentang yuran, ciri perkhidmatan dan dana yang diperlukan sebelum boleh mula melabur.  

    Apakah kelebihan melabur dengan robo advisor?

    • Mengamalkan pelaburan pasif. Jika anda kurang selesa atau tidak mahu untuk membuat keputusan pelaburan sendiri dan menghabiskan banyak masa untuk melakukan kajian pasaran, memantau dan mengimbangi semula portfolio, maka robo advisor boleh menjadi pilihan yang baik.
    • Mempunyai pelbagai jenis pelaburan. Kepelbagaian jenis pelaburan ini akan membantu anda menyebarkan risiko. Ini bermakna, jika pelaburan tertentu dalam portfolio menunjukkan prestasi yang teruk, anda tidak akan terjejas kerana mempunyai jenis pelaburan lain sebagai sandaran.
    • Yuran yang rendah. Robo advisor mengenakan yuran pengurusan yang rendah iaitu kebiasaanya di bawah 1 peratus setahun. Sebaliknya, jika melabur dalam dana unit amanah, anda mungkin perlu mengeluarkan 0.5 peratus hingga 2.5 peratus setahun. 

    Sesetengah dana unit amanah juga mengenakan caj jualan sehingga 5% pendahuluan, dan 5% lagi apabila menebus nilai pelaburan anda.

    Apa pula keburukan robo advisor?

    • Kurang fleksibel.  Robo advisor menawarkan beberapa rancangan pelaburan atau portfolio untuk dipilih, seperti “peningkatan agresif” atau “berorientasikan pendapatan.” 

    Anda boleh memilih apa-apa jenis portfolio berdasarkan cadangan mereka, tetapi dalam banyak kes, anda tidak boleh melakukan apa-apa perubahan yang lebih teliti mengikut keselesaan anda.

    • Robo advisor tidak mempunyai perasaan yang menjadikan mereka pelabur yang lebih baik dalam kebanyakan situasi. Tetapi anda sebagai manusia mempunyai emosi dan memerlukan khidmat manusia sekiranya perlu ditenangkan apabila berhadapan dengan situasi yang merugikan.

    Tetapi robo advisor perisian ciptaan manusia yang mempunyai algoritma. Anda boleh log masuk, menjual segala-galanya dan menutup akaun  atau melakukan apa-apa keputusan yang akan memudaratkan dan tidak akan dihalang oleh robo advisor. 

    Kebanyakan kita belum matang ilmunya dalam dunia pelaburan dan akan melakukan kesilapan. Walaupun algoritma sebenarnya bagus, namun algoritma tidak boleh bercakap dan memberi nasihat untuk melakukan perkara yang betul.

    Di Malaysia, terdapat beberapa jenis robo advisor yang boleh anda pilih.  StashAway, berpusat di Singapura dilancarkan pada 2018.  Manakala MyTHEO dan Wahed Invest mula memasuki pasaran setahun kemudian. Di samping itu, kini terdapat robo advisor tempatan seperti Akru, BEST Invest oleh Bank Islam Malaysia, Kenanga Investment Bank’s KDI Invest dan Raiz.

    Sebelum memulakan pelaburan, pastikan lakukan kajian dan menuntut ilmu asas dalam pelaburan.  

    Walaupun robo advisor ada untuk membantu anda melabur dengan bijak mengikut kesesuaian kewangan, tidak salah jika anda juga mempunyai pengetahuan dalam pelaburan untuk mengelakkan daripada melakukan keputusan yang akan disesali di kemudian hari. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.