KES harian jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan sebanyak 1,155 kes berbanding 1,645 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, catatan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,503,734 kes.
Sebanyak 1,975 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,443,676 kes.
Semalam turut merekodkan lima kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,665 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,554 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 24,393 dengan 23,403 atau 95.9 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 17 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 939 atau 3.8 peratus pesakit dirawat di hospital, 16 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 18 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN