Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 13, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja. - GAMBAR HIASAN CANVA

    DALAM keadaan ekonomi yang semakin mencabar, sikap berjimat-cermat penting bagi memastikan kehidupan dapat diteruskan dengan lebih stabil. 

    Namun begitu, berjimat juga perlu berpada-pada. Jangan sampai usaha mengawal perbelanjaan bertukar menjadi beban yang boleh menjejaskan kesejahteraan hidup dan kesihatan mental.

    Menurut Wealth Wisdom, berikut merupakan lima perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja.

    1. Makanan

    Jangan terlalu berkira apabila melibatkan makanan kerana ia merupakan keperluan asas untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Mengabaikan makan semata-mata mahu berjimat boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

    Jika kewangan agak terhad, pilih makanan yang murah tetapi tetap berkhasiat. Contohnya, sarapan ringkas seperti roti canai bersama secawan teh panas sudah memadai untuk mengalas perut. Apa yang penting, jangan abaikan pemakanan hanya kerana mahu mengurangkan perbelanjaan.

    1. Perlindungan insurans kesihatan

    Insurans kesihatan penting sebagai persediaan menghadapi kecemasan atau situasi tidak dijangka. Perlindungan ini dapat membantu menampung sebahagian besar kos rawatan dan bil perubatan yang mungkin tinggi.

    Oleh itu, jika mempunyai lebihan simpanan, pertimbangkan untuk melabur dalam insurans kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga demi masa depan.

    1. Pengangkutan

    Ada kalanya membelanjakan sedikit wang untuk pengangkutan dapat memudahkan urusan harian, terutama ketika perlu sampai ke destinasi dengan cepat atau dalam keadaan kecemasan.

    Bagi individu yang bekerja di bandar, penggunaan pengangkutan awam seperti kereta api juga boleh membantu menjimatkan masa, khususnya jika lokasi tempat kerja berhampiran stesen.

    1. Pembayaran hutang

    Jangan sesekali menangguhkan pembayaran hutang, terutama kad kredit. Kelewatan membayar boleh menyebabkan caj tambahan dan kadar faedah yang lebih tinggi.

    Membayar hutang tepat pada masanya membantu mengelakkan beban kewangan serta memberi ketenangan fikiran pada masa hadapan.

    1. Keperluan asas lain

    Peruntukan sebahagian wang untuk keperluan harian yang penting demi meneruskan kehidupan dengan selesa. Namun, elakkan berbelanja secara berlebihan atau membeli mengikut kehendak semata-mata.

    Antara keperluan asas yang tidak wajar diabaikan termasuk barangan penjagaan diri, tuala wanita serta ubat-ubatan penting untuk kesihatan dan kesejahteraan diri. – RELEVAN

    Previous ArticlePCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar
    Next Article Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

    Artikel berkaitan

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026
    Artikel Terkini

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.