Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

    Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 11, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya. - GAMBAR HIASAN CANVA

    MENCUCI tangan mungkin kelihatan seperti tabiat biasa kerana dilakukan setiap hari. Siapa sangka, amalan yang hanya mengambil masa sekitar 20 saat ini mampu melindungi seseorang daripada pelbagai penyakit berjangkit. 

    Para doktor masih menganggap amalan mencuci tangan sebagai langkah kesihatan awam paling berkesan hingga hari ini. Sebelum kewujudan vaksin dan antibiotik, kebersihan tangan sudah terbukti membantu mengurangkan kadar jangkitan dan kematian.

    Hakikatnya, tangan merupakan medium utama penyebaran kuman dalam kehidupan seharian. Tombol pintu, telefon bimbit, wang kertas, pemegang pada tangga serta pelbagai permukaan lain pasti dipenuhi bakteria yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Walaupun tidak semua kuman berbahaya, sebahagiannya boleh menyebabkan penyakit serius.

    Pandangan pakar

    Menurut Pakar Kesihatan, Dr. Pratik Gopani, ramai individu masih memandang ringan amalan mencuci tangan sedangkan ia mampu melindungi tubuh daripada jangkitan berbahaya serta meningkatkan kesejahteraan keseluruhan. 

    “Apabila tangan yang tercemar menyentuh muka, mata, hidung atau mulut, kuman mudah memasuki tubuh dan menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, influenza serta jangkitan saluran pernafasan,” katanya.

    Lebih membimbangkan, risiko jangkitan bukan hanya berlaku di tempat yang kelihatan kotor. Ruang yang kelihatan bersih juga boleh menjadi tempat penyebaran bakteria dan virus tanpa disedari.

    Bukti keberkesanan mencuci tangan dengan bersih

    Pelbagai kajian kesihatan awam turut membuktikan keberkesanan tabiat ini. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) melaporkan bahawa mencuci tangan mampu mengurangkan jangkitan pernafasan sekitar 20 peratus. 

    Kebanyakan jangkitan sebenarnya berlaku melalui rutin setiap hari. Antaranya termasuk selepas menggunakan tandas, ketika menyediakan makanan, selepas batuk atau bersin, selepas menyentuh haiwan peliharaan atau sampah serta selepas berada di tempat awam.

    Kanak-kanak dan warga emas pula merupakan golongan yang lebih berisiko kerana sistem imun mereka lebih lemah. Oleh itu, amalan mencuci tangan secara konsisten amat penting bagi melindungi kesihatan mereka.

    Teknik mencuci tangan yang betul

    Walaupun mudah, teknik mencuci tangan yang betul tetap memainkan peranan penting. Tangan perlu dibasahkan dengan air bersih terlebih dahulu sebelum menggunakan sabun. 

    Kemudian, gosok kedua-dua belah tangan, celah jari dan bahagian bawah kuku sekurang-kurangnya selama 20 saat sebelum dibilas dan dikeringkan dengan tuala bersih atau pengering udara.

    Sabun membantu menanggalkan minyak dan kotoran yang menjadi tempat kuman melekat pada kulit. Jika tiada sabun, penggunaan pensanitasi berasaskan alkohol boleh membantu, namun ia tidak dapat menggantikan cucian tangan sepenuhnya terutama apabila tangan jelas kelihatan kotor.

    Sentiasa berjaga-jaga dan amalkan tabiat mencuci tangan

    Harus diingat, penyakit masih boleh merebak dengan pantas di mana-mana sahaja. Satu tabiat kecil ini mampu memberi kesan kepada ramai individu di persekitaran anda.

    Justeru, tidak hairanlah mengapa doktor terus menekankan kepentingan mencuci tangan walaupun ia kelihatan seperti amalan yang sangat asas. Tabiat 20 saat ini mungkin sederhana, namun kesannya besar dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada penyakit berbahaya. – RELEVAN

    Previous ArticleKedekut atau berjimat cermat?
    Next Article Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

    Artikel berkaitan

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026
    Artikel Terkini

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.