Facebook Twitter
    Trending
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    By Umi FatehahMarch 12, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya. - GAMBAR HIASAN RDNE/UNSPLASH

    MUSIM beraya sememangnya sangat meriah. Rumah dipenuhi ahli keluarga daripada dua hingga tiga generasi, juadah istimewa dan mencipta kenangan. 

    Kadang-kadang ada juga cabarannya. Sama ada makcik-makcik cerewet, penceramah dan pengkritik tak berlesen yang membuatkan kita tertekan. 

    Nasib baik, ada cara untuk melalui semua ini dengan tenang sambil tetap berseronok meluangkan masa bersama keluarga. Dengan strategi mudah, ‘secubit’ gurauan dan mungkin ‘setangki’ kesabaran, Raya boleh jadi menyeronokkan walaupun berdepan saudara banyak songeh.

    1. Ubah cara kita respon

    Kita perlu faham dan ingat satu perkara penting. Cara mereka bercakap dan apa yang dicakapkan, kita tidak mampu mengubahnya. Tetapi kita mampu mengubah dan mengawal bagaimana kita respon.

    Jika ditegur, mereka takkan boleh berubah semalaman. Jadi, jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

    Jadi, mulakan dengan tarik nafas dalam-dalam sebelum mula melayan mereka. Ingat, tujuan beraya ialah untuk mengeratkan silaturahim dan berseronok. Set minda supaya fokus pada pengalaman positif, bukan perang kata-kata.

    1. Senyum dan angguk

    Apabila saudara mula bertanya tentang kerja, pasangan atau gaji, senjata paling ampuh ialah senyum dan angguk sahaja. Angguk ikut rentak perbualan, buat eye contact dan selitkan komen ringan macam “Betul tu!” atau “Menarik juga.”

    Jangan cuba berdebat, ini akan buat situasi lebih tegang. Senyum, angguk dan simpan segala hujah dalam hati.

    Kalau perlu, ubah topik perlahan-lahan kepada perkara selamat, contohnya cerita lucu, ulas tentang drama yang ditayangkan di televisyen atau bangun dengan sopan dan berlakon mengambil makanan.

    1. Pilih tempat duduk yang strategik

    Tempat duduk boleh jadi kunci penentuan emosi. Cuba duduk antara saudara yang kita selesa seperti sepupu sebaya atau makcik pakcik yang tidak menjengkelkan.

    Duduk berhampiran dengan orang yang positif boleh membuatkan suasana lebih selesa. Bila saudara cerewet mula bercakap, gunakan orang sebelah untuk berbual perkara lain untuk alihkan perhatian. Sedikit sebanyak, ia akan meredakan ketegangan.

    1. Gunakan makanan sebagai ‘perisai’

    Apalah makna beraya jika tidak menikmati juadah istimewa yang pelbagai, bukan? Lemang, rendang, kuah kacang dan kuih raya bermacam jenis dan bentuk sedang menanti untuk disantap. 

    Jika berhadapan situasi atau orang yang kurang selesa, pelawa mereka untuk makan atau minum. Selain berpura-pura sibuk, anda juga tidak akan kelihatan tidak selesa atau sekurang-kurangnya, tidak terlalu jelas. 

    Setidaknya, kaedah ini dapat memberi sedikit ruang dan masa untuk bernafas.

    1. Luangkan masa untuk diri sendiri

    Kadang-kadang, ada sahaja perkara yang boleh buat kita rasa tertekan. Bila rasa tertekan, tarik nafas, pergi ke tempat sunyi sekejap atau ambil masa lima minit untuk tenangkan diri sendiri.

    Anda juga boleh bersedia sebelum berkumpul. Kalau sudah maklum akan beraya di rumah saudara yang menjengkelkan, set badan dan minda terlebih dahulu agar lebih bersedia. Mendengar lagu, bernyanyi atau yoga sebelum berkumpul mungkin dapat melapangkan otak.

    1. Bergurau

    Anda boleh juga cari hiburan atau gurauan dalam situasi yang kurang selesa. Sekiranya ada yang mahu menyelidik soal jodoh, anggap ia sebagai bahan untuk diketawakan. Tetapi, pastikan tidak melanggar batas. Meskipun ia menyakitkan hati, pastikan masih melayan mereka dengan hormat. – RELEVAN

    Previous ArticlePempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    Artikel berkaitan

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026
    Artikel Terkini

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.