Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

    Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

    By Umi FatehahJanuary 12, 2026Updated:January 16, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai. - GAMBAR HIASAN JESHOOTS/PEXELS

    RAMAI antara kita membeli bukan kerana keperluan tetapi tetapi kerana takut terlepas. Sama ada jualan masa terhad, barangan edisi khas atau trend semasa, tekanan ini mendorong kepada FOMO consumerism – satu bentuk perbelanjaan yang kian membimbangkan dari sudut kewangan.

    FOMO atau Fear of Missing Out merujuk kepada perasaan takut ketinggalan apabila melihat orang lain membeli, memiliki atau menikmati sesuatu. Digabungkan dengan budaya konsumerisme, ia mendorong seseorang berbelanja bukan kerana keperluan tetapi kerana tekanan sosial dan trend semasa.

    Menurut perkongsian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), FOMO merupakan antara faktor yang menyumbang kepada tabiat perbelanjaan tidak sihat, sekali gus memberi kesan jangka panjang terhadap kestabilan kewangan dan simpanan masa depan.

    Jadi, sejauh mana FOMO mempengaruhi cara anda berbelanja? Semak lima tanda ini.

    1. Media sosial mendorong anda untuk berbelanja 

    Adakah anda membeli sesuatu hanya kerana ia viral di Instagram atau TikTok?

    YA/TIDAK

    Jika jawapannya YA, anda tidak keseorangan. Media sosial bukan sekadar platform hiburan tetapi mesin pemasaran yang sangat berkesan. Influencer, video pembelian dan promosi masa terhad mencipta ilusi bahawa barang itu perlu membeli sekarang atau anda akan terlepas.

    Menurut perkongsian KWSP, pembelian impulsif yang dipengaruhi emosi dan persekitaran sosial sering menyebabkan perbelanjaan melebihi kemampuan sebenar.

    Cuba amalkan undang-undang 24 jam. Tunggu selama 24 jam (lebih lama, lebih baik)  sebelum membuat pembelian. Jika keinginan itu masih relevan selepas 24 jam, barulah pertimbangkan semula.

    1. Selalu menyesal selepas membeli

    Pernah menyesal beli sesuatu dalam tempoh beberapa hari?

    YA/TIDAK

    Promosi besar-besaran seperti jualan hujung tahun dan tarikh ‘cantik’ (11.11, 12.12) memang sukar ditolak. Namun, hakikatnya banyak barangan yang dibeli atas dasar murah dan takut terlepas akhirnya tidak digunakan.

    KWSP menekankan bahawa perbelanjaan tanpa perancangan boleh menjejaskan aliran tunai bulanan, sekali gus menyukarkan individu untuk menyimpan secara konsisten.

    Mulai hari ini, apa kata anda senaraikan barangan yang menyesal dibeli. Sama ada ia akhirnya tidak digunakan, tidak berbaloi atau terlampau mahal, catatkan semuanya dalam senarai itu. Senarai tersebut boleh menjadi peringatan sebelum anda menekan butang ‘checkout’ lagi.

    1. Berbelanja untuk melegakan emosi

    Adakah anda cenderung membeli-belah ketika stres, bosan atau sedih?

    YA/TIDAK

    Fenomena retail therapy memberi kepuasan sementara tetapi kesannya cepat hilang. Apa yang tinggal hanyalah bil kad kredit dan rasa bersalah.

    Menurut perkongsian KWSP, tabiat berbelanja sebagai tindak balas emosi boleh mengganggu matlamat kewangan jangka panjang, termasuk simpanan persaraan.

    Daripada membeli belah, cuba cari alternatif dopamine yang lebih sihat seperti bersenam, mendengar muzik atau berbual dengan rakan. Kepuasan mungkin tidak datang dalam bentuk bungkusan penghantaran tetapi kesannya tahan lebih lama dan tidak merugikan.

    1. Rumah anda penuh dengan barang yang jarang digunakan

    Adakah anda memiliki banyak barangan yang jarang atau tidak pernah digunakan?

    YA/TIDAK

    Ini antara tanda jelas FOMO consumerism. Walaupun setiap pembelian kelihatan kecil, kekerapan berbelanja tanpa sedar boleh menyebabkan jumlah perbelanjaan meningkat dengan ketara.

    KWSP mengingatkan bahawa wang yang dibelanjakan tanpa keperluan pada hari ini adalah peluang simpanan yang hilang untuk masa depan.

    Selepas ini, amalkan prinsip one in, one out. Setiap kali membeli satu barang baharu, lepaskan satu barang lama sama ada dengan menderma atau menjualnya.

    1. Perbelanjaan anda menyebabkan keresahan

    Adakah anda rasa cemas setiap kali melihat baki akaun bank?

    YA/TIDAK

    Jika jawapannya YA, ini isyarat perbelanjaan anda mungkin tidak selari dengan kemampuan kewangan sebenar. Tekanan kewangan bukan sahaja menjejaskan emosi tetapi juga produktiviti dan kualiti hidup.

    KWSP berkata, kawalan perbelanjaan dan disiplin kewangan adalah asas kepada kestabilan jangka panjang, termasuk persediaan persaraan.

    Atasi masalah ini dengan menetapkan bajet hiburan bulanan. Bila hadnya sudah mencecah maksimum, beri ruang kepada diri untuk berhenti berbelanja dan menyusun semula perbelanjaan mengikut keutamaan.

    Jadi, berapa skor FOMO anda?

    0-1 Ya: Anda berbelanja dengan sedar dan terkawal. Teruskan tabiat baik ini.

    2-3 Ya: Zon berhati-hati. FOMO mungkin mula mempengaruhi keputusan kewangan anda.

    4-5 Ya: FOMO consumerism sedang merasuki anda. Namun, kesedaran adalah langkah pertama untuk berubah.

    Kesimpulannya, FOMO bukan sekadar isu gaya hidup tetapi isu kewangan yang nyata. Setiap keputusan perbelanjaan hari ini memberi kesan langsung kepada keselamatan kewangan masa depan. – RELEVAN

    Previous ArticleMakanan yang kembalikan kesuburan rambut
    Next Article Cara menabung paling ‘bare minimum’

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.