Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    By Umi FatehahJuly 8, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia. - GAMBAR HIASAN D5 RENDER/UNSPLASH

    BARU-baru ini tular di TikTok tentang seorang wanita yang rajin berkongsi kehidupan hariannya di rumah. Rumahnya tidak dihias seperti rumah pempengaruh lain yang penuh dengan dekorasi moden, langsir setinggi siling atau kabinet dapur kayu oak. 

    Pendek kata, rumahnya tidak estetik seperti rumah orang lain. Tetapi rumah wanita tersebut bersih dan kemas. Setiap sudut dijaga rapi mengikut kemampuan dan keperluan mereka sekeluarga.

    Malangnya, ada yang menghina, mengatakan rumahnya tidak cantik, tidak menarik dan tidak layak ditunjuk kepada orang ramai. 

    Wanita itu berkongsi rasa sedihnya kerana ramai yang menghina rumah yang selama ini menjadi tempat dia dan suami berlindung. Lebih memilukan, suaminya sendiri meminta maaf kepadanya kerana tidak dapat menyediakan rumah yang cantik seperti orang lain.

    Rumah adalah tempat berlindung 

    Sungguh menyedihkan apabila seorang suami yang sudah berusaha menyediakan tempat berteduh untuk isteri dan keluarganya akhirnya berasa gagal hanya kerana kata-kata orang luar. 

    Mungkin ada yang lupa, rumah bukan tempat untuk ambil gambar dan tunjuk di media sosial. Rumah adalah tempat berlindung daripada hujan dan panas, tempat berehat selepas seharian penat bekerja, ada ruang memasak untuk mengenyangkan perut yang lapar. Rumah itulah tempat mereka pulang dan merasa tenang. 

    Apa lagi yang kita mahu daripada sebuah rumah jika bukan untuk menjadi tempat berteduh yang menenangkan jiwa?

    Setiap orang ada kemampuan dan cita rasa berbeza

    Setiap orang ada kemampuan dan keinginan yang berbeza. Tidak semua orang mampu menghias rumah dengan dekorasi mahal atau mengikut trend semasa. Ada orang lebih gembira melihat rumah bersih, teratur dan selesa walaupun tanpa dekorasi estetik seperti yang tular di media sosial sekarang.

    Namun realitinya, media sosial hari ini banyak mempengaruhi cara kita memandang rumah sendiri. Apabila setiap hari melihat rumah orang lain yang dihias cantik, ramai mula rasa rendah diri dan tidak cukup dengan apa yang ada. 

    Timbul perasaan seperti, “Kenapa rumah aku tak macam tu?” atau “Malunya kalau orang tengok rumah aku biasa sahaja.”

    Padahal, rumah bukan untuk memuaskan mata orang lain. Rumah adalah tempat kita berehat, berlindung dan rasa aman. Rumah itulah tempat kita membina kebahagiaan dengan cara kita sendiri, bukan untuk memenuhi standard cantik yang ditetapkan oleh trend media sosial.

    Tidak perlu hina rumah orang lain

    Apa yang menyedihkan ialah sikap sesetengah individu yang suka menghina rumah orang lain. Jangan terlalu memandang diri sendiri tinggi seolah-olah kita lebih baik daripada mereka. 

    Mungkin rumah kita estetik di mata manusia tetapi rumah mereka penuh dengan rasa syukur dan reda. Sedangkan orang yang menghina itu, mungkin hidupnya tidak pernah merasa cukup dengan kehidupannya sendiri.

    Rumah tidak estetik tetap ‘rumah’

    Rumah tetap rumah walaupun tidak estetik. Asalkan bersih, kemas dan boleh meneruskan kehidupan, itu sudah cukup. Kunci kebahagiaan bukan pada perabot berwarna putih atau dapur dilengkapi dengan gajet moden tetapi pada rasa syukur dan tenang yang dirasakan setiap kali melangkah masuk ke rumah sendiri.

    Sudah tiba masanya kita menormalisasikan rumah biasa. Rumah biasa itulah realiti kebanyakan orang. Tidak perlu rasa rendah diri hanya kerana rumah tidak cantik seperti yang tular di TikTok atau Instagram. 

    Setiap orang ada cara hidup, impian dan kemampuan berbeza. Bahagia itu tidak sama pada mata semua orang.

    Hiduplah dengan cara sendiri. Bahagialah dengan cara sendiri. Dan ingat, jangan pernah hina rumah orang lain. Kita tidak pernah tahu berapa banyak air mata dan keringat yang sudah mereka curahkan untuk membina ‘rumahku syurgaku’ itu. – RELEVAN

    Previous ArticlePerimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    Next Article James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.