Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berbelanja tanpa tunai, memudahkan atau merugikan?

    Berbelanja tanpa tunai, memudahkan atau merugikan?

    By Umi FatehahMarch 3, 2025Updated:March 3, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berbelanja tanpa tunai, memudahkan atau merugikan?

    DALAM era digital yang serba pantas ini, transaksi tanpa tunai atau cashless semakin menjadi norma dalam kehidupan seharian. 

    Dari penggunaan kad debit dan kredit hingga e-dompet serta pembayaran QR, masyarakat kini lebih selesa melakukan pembelian tanpa perlu membawa wang tunai. 

    Kemajuan teknologi kewangan bukan sahaja menawarkan kemudahan dan kelajuan dalam urusan pembayaran tetapi juga mengubah cara pengguna mengurus perbelanjaan.

    Persoalannya, adakah perubahan ini memberi manfaat sepenuhnya atau ada perkara yang perlu diambil kira agar kewangan tetap terkawal?

    Kemudahan atau perangkap kewangan?

    Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata berbelanja secara tanpa tunai boleh dikatakan sebagai pedang bermata dua. 

    Menurutnya, perkembangan teknologi dalam ekonomi digital bukan sahaja menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna tetapi juga mengubah cara mereka berinteraksi dengan sistem kewangan moden. 

    Walaupun ia menawarkan kelebihan dari segi kelajuan dan kecekapan, pengguna juga diingatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap risiko seperti terlebih belanja dan ketirisan data peribadi.

    “Dalam era ekonomi digital semasa, kebergantungan terhadap telefon bimbit meningkat berkali ganda. Ini menjadikan sistem perbelanjaan tanpa tunai seperti e-dompet semakin popular kerana ia menawarkan kemudahan, keselamatan dan fleksibiliti kepada pengguna.

    “Walaupun pembayaran digital sangat memudahkan, pengguna perlu lebih berhati-hati agar tidak tergelincir ke dalam masalah kewangan akibat perbelanjaan yang tidak terkawal,” katanya.

    Selain itu, trend pembelian dalam talian kini semakin canggih dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh pengguna pada bila-bila masa. 

    Perubahan tabiat berbelanja dalam talian

    Dari sudut psikologi kewangan, penggunaan sistem pembayaran digital turut mengubah cara pengguna membuat keputusan kewangan. 

    Pembelian dalam talian bukan sahaja menawarkan kemudahan tetapi juga membolehkan pengguna membuat perbandingan harga dan membaca ulasan sebelum membeli sesuatu produk.

    Keupayaan ini membantu pengguna membuat keputusan lebih tepat dan mengurangkan risiko pembelian yang tidak berbaloi. Namun, dalam masa yang sama, kemudahan ini juga boleh mendorong kepada pembelian tidak terancang.

    “Kaedah pembayaran tanpa tunai menjadikan pembelian lebih cepat dan mudah tetapi ia juga boleh menyebabkan keputusan pembelian dibuat secara terburu-buru tanpa pertimbangan yang mendalam.

    “Ada individu yang membeli secara dalam talian bukan atas keperluan tetapi kerana ia boleh dilakukan dengan mudah dan tanpa pengetahuan orang lain.

    “Trend ini semakin berkembang dengan adanya pembelian menggunakan nama samaran yang memberi lebih privasi kepada pengguna berbanding pembelian secara fizikal di kedai konvensional.

    “Pembelian secara dalam talian di Malaysia juga semakin meningkat didorong oleh kemudahan seperti kaedah bayar ketika terima (COD) yang memberi lebih keyakinan kepada pengguna,” katanya. – RELEVAN

    belanja cashless featured kewangan tanpa tunai
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.