Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 punca sakit tumit

    5 punca sakit tumit

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SAKIT tumit sering menyerang atlet dan mereka yang aktif bersukan. - GAMBAR HIASAN/PIXABAY (Pexels)

    SAKIT pada mana-mana bahagian kaki memang menyeksakan. Kita guna kaki untuk hampir semua pergerakan, kalau sakit banyak hal tergendala.

    Antara bahagian yang menyeksakan apabila sakit ialah tumit.

    Kulit tumit memang keras dan tebal tetapi ia tidak menjamin bahagian itu kalis dari sebarang sakit.

    Biasanya, sakit tumit berlaku pada bahagian bawah atau belakang tumit.

    Sakit tumit biasa dialami mereka yang aktif, seperti pelari jarak jauh atau mereka dengan pekerjaan yang banyak berjalan. Ini kerana setiap kali berjalan, kita meletakkan tekanan yang besar pada tumit.

    Berikut Relevan kongsikan lima punca lazim sakit tumit, menurut pakar perubatan podiatrik (penyakit berkaitan kaki) dan pakar bedah, Dr. Elliott Perel dari Monroe Foot & Ankle Care, New Jersey.

    • Fasitis plantar

    Fasitis plantar bermaksud keradangan pada fascia plantar – ligamen panjang yang menyambungkan tulang tumit kepada hujung kaki. Apabila ligamen tersebut diregang terlalu jauh, fibernya meradang dan menyebabkan sakit. 

    RAJAH OLEH SAINT LUKE’S HEALTH SYSTEM

    Biasanya, rasa sakit akan terasa pada bahagian ligamen di tulang tumit tetapi ada juga keadaan yang sakitnya menjalar di tengah tapak kaki.

    Fasitis plantar sering menyerang pelari jarak jauh atau mereka yang perlu banyak berjalan akibat kerja. Ia juga sering dialami wanita mengandung apabila berat yang bertambah mendadak meletakkan lebih tekanan kepada tapak kaki.

    Antara punca lain ialah bentuk tapak kaki yang terlalu melengkung atau rata, selain penggunaan kasut dengan sokongan lengkung yang kurang.

    Untuk keadaan yang tidak serius, ia boleh dirawat dengan berehat, menekap ais, penyokong buku lali atau ubat antiradang. Jika sakit tidak berkurang, doktor boleh menyuntik kortikosteroid terus pada ligamen yang rosak.

    • Tendinitis Achilles

    Tendon Achilles ialah rangkaian tisu yang menghubungkan otot betis dengan tulang tumit. Ia berfungsi ketika kita berjalan, berlari, melompat atau ketika melakukan tekan tubi.

    RAJAH OLEH PREMIER PODIATRY

    Tendinitis Achilles berlaku apabila tendon tersebut dilebih guna, lazimnya melibatkan atlet lari yang meningkatkan intensiti atau tempoh senaman.

    Apabila diregang lebih daripada biasa, tendon Achilles akan mengalami beberapa koyakan mikroskopik. Ia menebal, melemah dan mendatangkan rasa sakit pada bahagian belakang tumit.

    • Bursitis tumit

    Bursitis tumit berlaku apabila bursa (pundi berfiber berisi air di belakang tumit) meradang. Keradangan tersebut, antara lain, berlaku disebabkan kerengsaan berulang akibat pendaratan kuat pada tumit.

    Ia juga boleh berlaku kerana tekanan terlalu tinggi terhadap tumit daripada kasut.

    Rasa sakit akan dirasai sama ada pada bahagian dalam atau belakang tumit. Kadang kala, tendon Achilles juga akan membengkak.

    Bagaimanapun, lama-kelamaan, rasa sakit akan menyurut. Kaedah rawatannya sama seperti untuk fasitis plantar dan tendonitis Achilles.

    • Penyakit Sever

    Penyakit Sever adalah jenis sakit tumit yang paling lazim dalam kalangan atlet kanak-kanak dan remaja. Ia disebabkan trauma mikro pada plat tumit ketika proses tumbesaran. Kebiasaannya, ia menyerang perempuan berumur 8 hi gga 13 tahun dan lelaki berumur 10 hingga 15 tahun.

    Ketika membesar, tulang tumit tumbuh lebih cepat berbanding ligamen kaki, menyebabkan otot dan tendon menjadi ketat dan terlebih regang.

    Tumit mudah cedera kerana kaki merupakan antara anggota tubuh yang paling cepat membesar sepenuhnya dan tumit pula tidak begitu fleksibel. Setelah membesar sepenuhnya. Bahagian belakang tumit akan mengeras dan menguat.

    Menekap ais dan terapi fizikal ialah rawatan utama untuk penyakit Sever, selain berehat daripada sukan supaya tulang tumit boleh selesai membesar.

    • Taji tumit

    Taji tumit berlaku apabila mendapan kalsium membentuk jojolan tulang pada bahagian bawah tulang tumit. Biasanya, ia berlaku disebabkan otot dan ligamen yang menegang, regangan fascia plantar dan koyakan berulang pada selaput tulang tumit.

    Taji tumit banyak berlaku pada atlet yang sering melakukan aktiviti berlari dan melompat.

    Kaedah rawatannya juga sama seperti fasitis plantar dan tendonitis Achilles. – RELEVAN

    Previous Article7 aktiviti deria untuk kanak-kanak autisme, mudah dan seronok
    Next Article 4 pembedahan plastik paling berisiko, berbahaya dan mengundang penyesalan

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.